Mulakan perjalanan berhenti merokok ini dengan kami dan kami akan membawa anda ke laluan yang lebih mudah dengan petua-petua berikut.
Pilih “rakan” seseorang yang akan berada di sisi anda untuk menggalakkan dan menyokong anda
Senaman dan berjalan pantas
akan membantu anda bertenang!
Buangkan barangan berkaitan
dengan rokok di rumah.
Manfaatkan wang yang dijimatkan untuk keperluan diri sendiri
Ketika mengalami tekanan, ingatlah bahawa setiap hari yang anda lalui tanpa rokok akan menyebabkan badan anda menjadi lebih sihat
Umumkan bahawa anda hendak
berhenti merokok dan dapatkan
galakan mereka
Jika anda menggunakan produk
Terapi Penggantian Nikotin pastikan anda sentiasa memilikinya
Segera menawarkan diri untuk basuh
pinggan selepas makan
Berus gigi sebaik sahaja anda bangun
tidur dan selesai makan
Tukar rutin anda apabila bangun di waktu pagi
Pergi ke kedai kopi dan tempat awam lain yang mempunyai dasar bebas asap rokok
Mengunyah gula getah tanpa gula atau sayur-sayuran segar
Terms of use & Privacy notice
@ 2024 jomquit. All Rights Reserved. Power By Prima Digital Solution Sdn.Bhd.