KENAPA ANDA MESTI BERHENTI?
Selepas bertahun-tahun terdedah kepada nikotin, tar dan bahan kimia lain dalam rokok, tubuh anda telah mengalami banyak kerosakan. Tetapi berita baiknya ialah tubuh anda mula pulih sebaik sahaja anda berhenti merokok.
Rokok merupakan tabiat yang mahal dan kosnya meningkat setiap tahun. Dengan berhenti merokok, anda bukan sahaja menyelamatkan kesihatan tetapi juga kewangan anda.